William III dari England
William III dari England

William III dari England

William III (14 November 1650 – 8 Mac 1702)[1] (Bahasa Belanda: Willem III) adalah seorang Putera Orange berdaulat melalui kelahiran. Bermula pada tahun 1672, beliau memerintah sebagai Stadtholder William III dari Orange (Bahasa Belanda: Willem III van Oranje) ke atas Holland, Zeeland, Utrecht, Guelders, dan Overijssel dalam Republik Belanda. Bermula pada 1689, beliau memerintah sebagai William III ke atas England dan Ireland, dan sebagai William II ke atasScotland.[2] Di Ireland Utara dan Scotland beliau dikenali sebagai "Raja Billy".[3] Seorang anggota Kerabat Orange-Nassau, William telah memenangi takhta England, Scotland, dan Ireland berikutan Revolusi Gemilang, yang mana menyebabkan bapa saudara dan mertua beliau James II diturunkan dari takhta. Di British Isles, William memerintah bersama-sama dengan isteri beliau, Mary II, sehingga kematian Mary II pada 28 Disember 1694. Sejarah popular biasanya merujuk pemerintahan bersama ini sebagai pemerintahan "William dan Mary".Sebagai seorang Protestant, William terlibat dalam beberapa perang menentang raja Katolik dari Perancis yang berkuasa, Louis XIV, dengan kerjasama kuasa-kuasa Protestant dan Katolik di Eropah. Ramai penganut Protestant mengumumkan beliau sebagai seorang penaung bagi kepercayaan mereka. Di sebabkan reputasi ini, William berjaya mendapatkan takhta England apabila ramai rakyat ketakutan akan kebangkitan semula fahaman Katolik di bawah Raja James. Kemenangan William ke atas James II di Pertempuran Boyne pada tahun 1690 diingati dengan pembinaan Institusi Orange di Ireland Utara sehingga hari ini. Pemerintahan beliau menandakan permulaan prubahan dari pemerintahan peribadi dari kerabat Stuart kepada pemerintahan lebih berpusatkan kepada parlimen dari Kerabat Hanover.